Roti Canai Ayam Cheese Gemas Road sedap gila!

 
Kalau korang minat makan roti canai, aku nak recommend kedai roti canai dekat Penang ni yang bagi aku lagi sedap dari roti canai Transfer Road.

Roti Canai Transfer Road atau Gemas Road?Kalau tanya pendapat aku mana lagi sedap,aku memang prefer Gemas Road ni lagi sebab kuah dia sedap and ada rasa. 

Now siap ada cheese lagi uolsss.Semua benda nak ada cheese sekarang ni kan?Nasib baik teh o tu tak ada cheese. Hehe.

Harga roti canai Gemas Road Sabar Menanti. Tagline dah tulis siap-siap ‘sabar menanti’.Satu je kekurangan makan sini. Servis dia agak lambat sikit. 

Tempat ni agak kecik dan sempit. Pastu ramai orang lak tu. Kalau nak makan sini, bila dah makan tu cepat-cepat lah bagi settle untuk orang lain makan jugak. Kalau tak kisah, boleh kongsi table dengan orang lain. Tapi table pon tak berapa banyak sebab jumlah orang yang datang lebih daripada table yang disediakan 😅

Owner mamak. Presentation memang agak messy. Tapi memang dah sedia maklum pon kalau mamak punya presentation memang selalu dia campak-campak je. 😆

Roti canai kuah banjir. Memang banjir habis sampai tak nampak dah roti canai bawah tu. Hehe. Kari sedap dan pekat. Rasa kari memang tak mengecewakan. Ada hint rasa-rasa pedas sikit tapi tak lah pedas sangat.

Yang ni roti canai special. Harga rm7 satu. 
Yang special ni kuah banjir, ada ayam seketul, telur mata,bawang dan cheese. Ayam memang dimasak dengan perfect.Senang je tarik ayam guna garfu. Lembut gila ayam nya. Roti canai pon sedap. Flaky sikit dekat luar tapi dalam roti canai memang lembut and fluffy. Gaul pulak dengan bawang rangup manis ni. Makan panas-panas dengan cheese. Perghhh memang sedap gila! 😋

Seronok makan roti canai cheese.Dah habis makan terus balik. Memang tak ada nak lepak borak lama-lama. Sebab kesian dekat orang lain nak duduk jugak. Tempat ni memang sentiasa full dengan orang.

Korang kena ambil roti canai yang special tu, baru lah rasa lain sikit dari tempat lain. Kari dia power. Roti canai pon sedap. Cuma korang memang kena sabar menanti sikit ah. Sebab servis agak lambat. Overall, untuk rasa aku bagi 8/10.

Alamat:Roti Canai Gemas Road51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Malaysia Operation hours: 7 am –  10 pm (Closed on Monday)

Ada sesiapa pernah try Roti Canai Ayam Cheese ni? 😋

 

Sumber: Cikapple