Nampak Isteri Pemalas, Tapi Sebenarnya…

Masih ramai kaum lelaki yang nampak isteri pemalas sebab setiap kali balik rumah bersepah dan kadang anak pun belum mandi. Itu belum lagi tengok rupa isteri yang sudah comot, makin kusam dan rambut serabai.

Allah… janganlah tahu kritik isteri pemalas saja, cuba kaum lelaki masuk dalam dunia mak-mak. Mari selami bersama-sama.

1. Tak cukup tidur

Baru nak lena, anak mula merengek sebab nak susu. Maka bangunlah si isteri yang nampak pemalas di mata suami membuat susu. Bagi yang susu badan, terus duduk dan susukan anak. Sakit demam anak pun sama, gigih bangun pantau suhu anak risau penyakit melarat. Esoknya bangun dengan kepada pusing-pusing sebab tidur tak lena. Jadi sesekali kalau tengok isteri baring atau mungkin terbabas tidur awal, ambillah anak-anak dan jaga. Jangan kacau isteri yang penat seharian uruskan anak-anak.

2. Sinki penuh

Baru sudah masak, anak berlari minta nasi. Suaplah si ibu tanpa ambil kira perutnya yang juga kosong masih belum makan. Selesai menyuap, isteri gigih makan dan kemudian sambung kemas rumah bahagian depan. Tapi sebab anak-anak yang sedang membesar ni suka makan, maka kejap-kejap anak buka peti cari makanan. Lagi best, anak yang jenis suka ambil air sendiri suka tukar-tukar gelas dan akhirnya cawan atau pinggan mangkuk kembali penuh dalam sinki. Bukan tak nak ajar anak basuh sendiri tapi kalau anak baru umur 3-5 tahun tu, paham-paham ajelah…

3. Kain tak berlipat

Ini masalah normal kaum isteri, setiap hari ada saja kain berlonggok. Rajin cuci dan ramai tak ada masa nak lipat. Anak seorang bolehlah cantik susun dalam almari, kalau anak dua tiga atau enam orang, mahu tak semput! Wahai suami… kalau nak elok berliipat cantik, sediakan lah tempat kain. Kalau waktu malam tu, tolonglah lipat kain yang dah dicuci sambil tengok tv dan bagi isteri rehat. Bukan ke hidup berumah tangga itu lebih manis kalau saling tolong menolong?

4. Muka berjerawat dan berjeragat

Kejap melayan anak, kejap main masak-masak… manalah tak serabai. Nak cuci muka pun berperang dengan masa. Lagikan nak tepek macam-macam sebelum tidur. Haaa… jangan sesedap hati label muka isteri tak cantik itu tanda isteri pemalas, awas ya! Tolong ambil tahu, isteri cukup pantang suami tegur bab kecantikan. Nak bini cantik, bagilah dia peluang untuk merawat. Kalau ada duit lebih, hulur sikit duit belanja buat beli ubat masalah kulit atau suplement. Barulah isteri tu cantik dan meletop!

5. Asyik main phone

Tengok bini main phone, jangan cepat melatah kata bini tu pentingkan gajet. Cuba tanya dulu, adakah pegang gajet itu sebab cari rezeki. Maklum saja zaman sekarang isteri dah pandai berbisnes. Jadi suami kena faham isteri dan bagi masa. Tetapi isteri pun jangan sampai berjam-jam dan tak buat kerja rumah langsung. Berpada-pada dan sila minta izin suami dulu untuk elak daripada berlaku perang dingin dan dituduh isteri pemalas!

Ok, nampak tak betapa banyaknnya kerja kaum isteri di rumah. Yang mana bekerja pun, balik-balik tetap kena uruskan anak. Jadi toleransi kena ada, tak boleh sesuka hati mengarah dan komplen isteri pemalas! Moga kaum suami lebih memahami dan boleh tolong apa yang patut bila masing-masing ada di rumah.

 

 

 

 

Sumber: MingguanWanita