Paling Bahagia Mendapat Syafaat Rasulullah SAW Di Akhirat Kelak

Dari Abu Hurairah r.a, katanya, ” Saya bertanya kepada Rasulullah saw.,
“Wahai Rasulullah, siapkah yang paling bahagia pada hari Kiamat melalui syafaatmu?
Rasulullah menjawab, “Wahai Abu Hurairah, setelah aku melihat kesungguhanmu terhadap hadis, aku mengira bahawa tidak ada seorang pun yang bertanya hal ini sebelum kamu.

lalu Rasulllah bersabda, ” Yang paling bahagia dengan memperoleh syafaatku pada hari kiamat kelak ialah orang yang mengucapkan kalimah ‘laa ilaaha illallaah’ dengan hati yang ikhlas”.

-( HR Bukhari)

memperolehi taufik illahi yang memberikan manusia ke arah kebaikan itulah ynag dinamakan sa’adah (kebahgiaan) .Orang yang mengucap kan kalimah yang ikhlas maka dialah yang lebih berhak untuk mendapatkan manfaat dari syafaat itu.

Syfaat Nabi pada hari kiamat adalah 6 perkara:

1. Syafaat untuk melepaskan dari berbagai kesukaran di Padang Mahsyar.

2. Syafaat untuk meringankan azab bagi orang kafir tertentu. Sebagaimana yang diterangkan dalam hadis sahih mengenai Abu Talib (bapa saudara Nabi saw)

3. Syafaat untuk mengeluarkan sebahagian orang mukmin yang telah dilemparkan ke dalam neraka jahanam.

4. Syafaat untuk memohon keampunan bagi sebahagian orang mukmin yang akan dilemparkan ke neraka disebabkan amal-amal buruknya, supaya mereka diselamatkan darinya.

5.Syafaat untuk sebahagian orang mukmin supaya mereka dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.

6. Syafaat bagi sekalian orang-orang yang beriman supaya darjat mereka ditinggikan.

 

Sumber: NasihatUstazz