Siapa yang ada keinginan naik cruise, aku memang sangat recommend Costa Cruises

Best nya naik cruises! Aku memang dah lama teringin percutian yang santai naik cruises macam ni. Lepas ni kalau ada masa free memang aku nak naik Costa Cruises. Meh aku nak cerita kenapa aku nak sangat naik Costa Cruises.

Maybe ada soalan-soalan ni yang mungkin ada dalam benak fikiran korang. Meh sini aku jawabkan siap-siap. Aku dah study dah pasal Costa Cruises ni. So ini semua info yang aku tahu.




 

Apa benda Costa Cruises ni?

Costa Cruises adalah syarikat pelayaran terkemuka di Eropah, headquartered in Genoa (Italy).  Ia adalah syarikat pelayaran antarabangsa yang pertama untuk mengendalikan kapal cruise di Asia Pasifik sejak tahun 2006. Sepanjang 11 tahun yang lalu, Costa Cruises memegang prinsip berorientasikan pelanggan dan memberi tumpuan kepada inovasi untuk membawa penumpang Asia pelayaran yang paling kreatif dan berkualiti tinggi dengan rasa ‘Italy at Sea’.

Apa nama kapal ni?

Costa Victoria

Bila masa paling terdekat untuk kami berlayar naik cruise ni?

November 2017 – December 2018

Pergi mana je?

Costa Victoria selalunya berlepas dari Singapore atau Penang. Ini mungkin kelebihan untuk rakyat Malaysia kerana kita tidak perlu terbang ke Singapore atau Penang untuk join cruise holiday ni.

3-night: Singapore, Melaka, Penang
4-night: Singapore, Phuket, Penang
5-night (A): Singapore, Phuket, Langkawi, Penang
5-night (B): Singapore, Phuket, Penang, Melaka


Boleh bagi 5 sebab kenapa kena pilih Costa Victoria?

1) Costa Victoria ni pioneer untuk Asia Pacific’s cruise industry
2) Authentic Italian flavour: terkenal dengan signature ‘Italy at Sea’.So as Malaysian, kita tak payah terbang ke Italy untuk experience Italian culture. Naik je Costa Victoria ni, kita dah dapat authentic Italian feelings, cost-effective!
3) Sangat sesuai untuk family vacation: Kids bawah 13 tahun PERCUMA tau! Budak bawah umur 13 tahun boleh enjoy FREE cruise fare! Sangat sesuai untuk mana-mana keluarga dengan tight budgets.
4) Cool itineraries & destinasi menarik
5) Muslim-friendly cruise ! Ada makanan Halal on board! (ni paling penting!)

Cruising holiday memang sangat santai, trendy dan sangat sesuai untuk orang yang care for life balance. Tak payah fly sampai Italy untuk nak dapat pengalaman Italian culture. Naik je Costa Victoria ni, korang dah dapat rasa ‘travelling around the Italy’.

Banyak fun activities!

Yang penting, ada makanan HALAL! Tak perlu dah nak bawak roti dengan serunding atau sambal ikan bilis dah. 😆

Bilik cantik.

Indoor swimming pool pon merecikkk 😍








 
Onboard Facilities semua gempak nak meninggal! 😆

 

Sumber: Cikapple